Blog ini adalah wadah perkongsian para penulis muda menzahirkan tinta sebagai tatapan pencinta qarya.
Kepada anda yang berminat sila hubungi admin pada surat elektronik cik_im84@hotmail.com untuk menyertai ruangan qaryawan.

Halaman

KAU KELIP-KELIP DAN AKU SENJA

~Kelip2 ku sangka api..andai api mana sumbunya
kelip2 ku sangka diri..andai diri mana bayangnya
kelip2 ku sangka dia..andai dia mana hilangnya..~


KAU KELIP-KELIP DAN AKU SENJA


kau adalah kelip-kelip ...dan Aku senja
dikesuramanku kau datang
hingga aku harus pergi..
kau tetap ada...mewarnai malam
kerana kau adalah kelip-kelip
Tamu pada kegelapan malam

kau adalah kelip-kelip
Tiada gemilang...namun warnamu gilang
hilang seri malam tanpa wajahmu..
dan aku adalah senja
penyambung kau dan malam
penumpang hidupmu sebelum kehadiran
memberi kau sedikit rasa sebagai bekalan
untuk kau sambut malam.....kegemilanganmu

jadilah kau kelip-kelip
kerana malam menanti kau..
pastikan kau disana
usah kau pandang senja..
kerana ia pasti pergi..
menjadikan kau gemilang pada malam
kerna kau disisi senja...belum pasti bercahaya

aku adalah senja itu..
dan kau tetap kelip-kelip
aku pergi untuk kau dan malam
Dan seandai malam mu pergi
jangan kau bersedih...

kerana aku adalah senja
akan menanti kau kembali
biarpun nanti....dengan cara berbeza..

aku adalah senja..
dan kau tetap kelip-kelip..

~angah arie~
11.42 mlm 26/7 14 nisfu syaaban

0 ciuman pencinta:

Catat Ulasan

Tinta Pencinta