Blog ini adalah wadah perkongsian para penulis muda menzahirkan tinta sebagai tatapan pencinta qarya.
Kepada anda yang berminat sila hubungi admin pada surat elektronik cik_im84@hotmail.com untuk menyertai ruangan qaryawan.

Halaman

KALAU LAHIR TAHUN 1973-1984

Dari Catatan seorang kawan (fr:email)

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1984.. MESTI KORANG INGAT NI

@Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver
Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja
Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

@Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang
cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat
seblah...ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi
yang berlubang, kene laa tampal.

@ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2
time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

@cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
Pukul tapak tangan... kan ?

@semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

@time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada
yang suka stoking tebal laaa...

@internet? email? Menda alah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 inggit je.

@kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras
warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti
Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa
dlm class.

@Tapi bunyi loceng laa yg paling best skali. boleh beli aiskrim ngan
apek kat luar skola tuh...lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, Budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

@lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...

@kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2
color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!
lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.
baling2 kapur laa.

@hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg
Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

@bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.
AIDS wujud sejak diorg lahir.
CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti
nak switch on TV kalau xde remote control.
dan diorg tak paham cam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone.
hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap
hari


6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile
bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time
kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk
forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...heheh

tapi apa yang pentinglahkan. .bila kenangkan saat ni semua dgn mendalam..
mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata..
yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan
lalui zaman yg sebegitu lagi..
sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita???




sekadar berkongsi dari sahabat2 kepada semua :
~angah arie

KAU KELIP-KELIP DAN AKU SENJA

~Kelip2 ku sangka api..andai api mana sumbunya
kelip2 ku sangka diri..andai diri mana bayangnya
kelip2 ku sangka dia..andai dia mana hilangnya..~


KAU KELIP-KELIP DAN AKU SENJA


kau adalah kelip-kelip ...dan Aku senja
dikesuramanku kau datang
hingga aku harus pergi..
kau tetap ada...mewarnai malam
kerana kau adalah kelip-kelip
Tamu pada kegelapan malam

kau adalah kelip-kelip
Tiada gemilang...namun warnamu gilang
hilang seri malam tanpa wajahmu..
dan aku adalah senja
penyambung kau dan malam
penumpang hidupmu sebelum kehadiran
memberi kau sedikit rasa sebagai bekalan
untuk kau sambut malam.....kegemilanganmu

jadilah kau kelip-kelip
kerana malam menanti kau..
pastikan kau disana
usah kau pandang senja..
kerana ia pasti pergi..
menjadikan kau gemilang pada malam
kerna kau disisi senja...belum pasti bercahaya

aku adalah senja itu..
dan kau tetap kelip-kelip
aku pergi untuk kau dan malam
Dan seandai malam mu pergi
jangan kau bersedih...

kerana aku adalah senja
akan menanti kau kembali
biarpun nanti....dengan cara berbeza..

aku adalah senja..
dan kau tetap kelip-kelip..

~angah arie~
11.42 mlm 26/7 14 nisfu syaaban